1. Selain itu, facebook juga sebagai medium untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelajar. Tidak di nafikan lagi laman sosial banyak membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat di mana pelajar boleh mendapatkan maklumat dengan cepat, mudah tanpa perlu mencari maklumat di majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Misalnya, pelajar dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di facebook. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi. Seterusnya, pelajar juga boleh bertukar-tukar pandangan dan idea dengan rakan-rakan lain di samping menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Sebagai contohnya, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar pandangan. Sememangnya, ia lebih berkesan dan menarik kerana kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri serta dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan sendiri.
2. Seterusnya, kebaikan facebook kepada pelajar juga ialah boleh membantu pelajar menambah kenalan baru serta dapat membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah hilang. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat kerja. Setiap kali kita masuk ke laman facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan kita lakukan. Hal ini, menyebabkan hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita ke facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik, mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlibat juga kepada setiap laman facebook mereka. Hal ini, akan mengeratkan ukwah persahabatan diantara rakan-rakan.