1. Selain itu, facebook juga boleh membawa kepada penyakit kemurungan dan depresi kepada masyarakat jika dilayari lebih 3 jam. Pengguna facebook selepas ini mungkin perlu mengunci jam loceng agar tidak leka melayari facebook melebihi 3 jam. Hal ini kerana kajian yang terbaru mendapati pelajar yang suka melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari boleh terkena penyakit kemurungan dan depresi. Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial. Justeru itu, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.
2. Di samping itu, kesan negatif facebook kepada masyarakat juga ialah pengguna facebook mudah mendedahkan hal peribadi masyarakat lain. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain lalu mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang di benci itu dengan tujuan untuk memalukan mereka. Tindakan negatif sebegini telah menjadi satu kebiasaan dan membawa kes jenayah apabila mangsa yang di malukan itu membuat laporan polis. Lantaran itu, ada pihak yang mahu laman sosial di kawal dengan lebih ketat supaya amalan mendedahkan hal peribadi tidak menjadi kebiasaan pula. Tambahan pula, ada pengguna laman sosial ini mencetuskan isu sensitif yang berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat majmuk. Selain itu, sudah banyak tulisan yang berunsurkan perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang di siarkan melalui laman sosial. Hal ini, menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum begitu mudah terganggu disebabkan oleh kritikan yang berunsurkan perkauman lalu membawa kepada pergaduhan sesama masyarakat. Sesungguhnya, laman sosial ini boleh mencetuskan sesuatu isu sensitif sehingga sukar di kawal dan membawa kemusnahan yang besar.
3. Kesan penggunaan laman sosial facebook yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja dan masyarakat di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja dan masyarakat untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.
4. Seterusnya, kesan negatif penggunaan facebook kepada masyarakat ialah kurang sosialisasi dengan masyarakat lain. Masyarakat yang leka bermain facebook seringkali menghabiskan masa yang banyak di facebook. Hal ini kerana, di dalam facebook juga terdapat pelbagai jenis ‘games’, iklan, bahan bacaan, info-info terkini dan sebagainya yang mampu melekakan seseorang individu tersebut. Hal ini akan menyebabkan masyarakat mula kurang melakukan aktiviti sosial bersama jiran-jiran tertangga. Misalnya, mereka mula kurang menghadiri kenduri-kenduri atau majlis-majlis jamuan di kalangan masyarakat. Masyarakat lebih cenderung berada di rumah sambil melayari facebook berbanding bergaul mesra bersama masyarakat lain. Keadaan ini, akan mengurangkan sosialisasi seseorang individu tersebut dengan masyarakat lain.