1. Namun begitu, facebook juga mempunyai kesan negatif jika pelajar tidak memanfaatkan facebook dengan baik kerana facebook juga boleh menjejaskan prestasi akademik pelajar. Facebook di dalam kehidupan pelajar-pelajar pengajian tinggi sudah menjadi satu perkara kebiasaan. Justeru itu, tidak hairanlah jika prestasi akademik mereka menurun. Namun begitu, perkara ini amat membimbangkan ibu bapa serta masyarakat lain kerana facebook juga mampu melalaikan mereka untuk belajar. Misalnya, sewaktu pembelajaran berlangsung, pelajar secara bersembunyi melayari facebook di belakang tanpa pengetahuan pensyarah. Hal ini menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya sewaktu pembelajaran berlangsung. Perkara ini pastinya akan menjejaskan prestasi akademik dan masa hadapan mereka.
2. Seterusnya, facebook juga boleh membazirkan wang dan masa pelajar. Penggunaan laman sosial tanpa kawalan akan membuang masa seseorang individu tersebut sahaja. Ada ahli masyarakat kita terutama pelajar yang begitu asyik dengan teknologi ini lalu menghabiskan masa yang berjam-jam untuk melayan semua bahan yang ada di laman tersebut. Misalnya, jika dahulu pelajar yang ponteng kuliah akan melepak di ‘shopping complex’, tetapi berlainan pula sekarang. Cyber Café akan menjadi pusat mereka menghabiskan masa dan wang sekiranya mereka tidak hadir ke kuliah. Situasi ini apabila tidak dikekang dengan efektif boleh menyebabkan seseorang itu membazirkan masa di pejabat dan juga di sekolah secara sia-sia. Justeru itu, laman sosial bolehlah di katakan sebagai punca pelajar kini membazirkan masa tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.