Kesimpulannya, facebook juga mempunyai kesan positif dan negatif di dalam kehidupan masyarakat. Facebook pada asasnya adalah untuk menghubungkan manusia di seluruh dunia tanpa mengira masa dan tempat. Namun begitu, etika yang sepatutnya diamalkan ketika menggunakan laman sosial ini tidak dipraktikkan sebaiknya oleh pengguna. Penggunaan laman sosial melalui internet memberi kesan terhadap corak kehidupan masyarakat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlulah mempunyai disiplin bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman soial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.