1. Facebook juga sebagai alat perhubungan dengan individu lain. Kini facebook di gunakan sebagai alat perhubungan sesama masyarakat. Misalnya, masyarakat kini boleh berhubung dengan individu lain walau di mana sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. Hal ini, dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa inggeris. Selain itu, facebook juga boleh mempertemukan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan sesama mereka. Laman sosial juga di jadikan sebagai alat perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dengan pengeluar produk. Misalnya, kita dapat berhubung dengan pelanggan atau penjual produk dengan mudah dan cepat tanpa perlu berjumpa.
2. Selain itu, kesan baik facebook juga membolehkan masyarakat dapat memajukan sesuatu empayar perniagaan maya di seluruh dunia. Misalnya, melalui facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka atau perniagaan yang dijalankan kepada rakan-rakan dalam talian facebook. Kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Hal ini dapat meluaskan perniagaan mereka di laman social dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Sebagai contohnya, mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk membuat kertas iklan dan di tampal di mana-mana untuk megiklankanDengan adanya facebook, apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat.
3. Seterusnya, facebook juga dapat menghilangkan rasa bosan seseorang individu tersebut. Hal ini kerana banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu melakukan sesuatu. Pengguna boleh bermain game secara online malah terdapat pelbagai jenis game yang disukai boleh didapati di facebook. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain itu, pengguna juga dapat mengakses bahan bacaan seperti novel, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja dapat menghilangkan rasa bosan malah ia dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan pengguna.